28 research outputs found

    Doktrin pengasingan kuasa : falsafah, praktis dan kerelatifan di Malaysia

    Get PDF
    Penulisan ini membincangkan tentang doktrin pengasingan kuasa berdasarkan kerangka teori institusionalisme. Doktrin ini dipraktiskan dalam trias politica atau politik tiga serangkai iaitu badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Falsafah dan praktis doktrin pengasingan kuasa ini adalah ditekankan bagi sesebuah negara bercorak demokrasi untuk mempamerkan wujudnya pengasingan kuasa serta autonomi bidangan di antara ketigatiga badan kerajaan. Hal ini penting untuk disoroti kerana Malaysia tidak terkecuali daripada mengamalkan sistem demokrasi dan pada masa yang sama mempraktiskan doktrin pengasingan kuasa dalam kerajaan federalisme berlapisnya sebagai satu pegangan fundamental. Akauntabiliti untuk menzahirkan doktrin pengasingan kuasa ini merupakan perkara yang penting memandangkan ia telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan

    Dasar kerajaan dan isu sekuriti makanan di Malaysia: Kajian analisis dokumen dan temubual

    Get PDF
    Sekuriti makanan bersandarkan pertanian di Malaysia diberikan penekanan oleh kerajaan bagi memastikan pengeluaran makanan yang stabil. Penekanan ini juga dibuat bagi menjamin kebolehdapatan makanan di peringkat domestik. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah memberi tumpuan terhadap dasar pembangunan pertanian makanan walaupun berhadapan dengan tiga permasalahan iaitu perubahan fokus kerajaan daripada negara pertanian kepada perindustrian, pergantungan pengimportan makanan, dan perubahan iklim yang mampu mengancam sekuriti makanan. Dengan menggunakan analisis kualitatif, kajian ini bermatlamat, pertama, meneroka agenda dasar kerajaan berhubung sekuriti makanan dalam dokumen bajet. Kedua, menilai kesan pergantungan import makanan kepada pemantapan dasar sekuriti makanan negara. Terakhir, menganalisis strategi kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim bagi memastikan sekuriti makanan terjamin. Oleh itu, kajian ini dalam rangka kerjanya meneliti usaha-usaha pembangunan pertanian makanan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan terjamin. Reka bentuk kajian ini menggabungkan kaedah analisis dokumen dan temubual elit di mana 20 dokumen bajet tahunan daripada tahun 1994 hingga 2013 dianalisis selain menemubual tujuh orang informan. Hasil kajian menerusi analisis dokumen menunjukkan kerajaan telah memberi penekanan terhadap sekuriti makanan dengan memperkenalkan dasar galakan pertanian, program pembangunan pertanian, penyediaan bantuan kredit, pengaplikasian teknologi, pembangunan tanah, penyelidikan dan pembangunan, serta pengukuhan kemudahan. Kerajaan juga didapati telah mengambil pendirian untuk memantapkan dasar sekuriti makanan bagi mengurangkan kesan pergantungan terhadap import makanan melalui pemantapan hala tuju pertanian, peningkatan jaminan pengeluaran, pengupayaan kebolehan agensi, pengimbangan dagangan, dan pengembangan pemasaran. Dalam mengharungi perubahan iklim pula, kerajaan telah memperkenal strategi pemeliharaan dan pemuliharaan, pengurusan risiko, pembiayaan dana, penguatkuasaan undang-undang, serta kesedaran dan pendidikan bagi memastikan sekuriti makanan terjamin. Hasil dapatan ini telah disokong oleh pandangan daripada elit yang ditemubual. Diharapkan hasil kajian ini mampu membantu pembuat dasar untuk merangka dasar-dasar pertanian makanan yang kurang ditumpukan sebelumnya misalan di dalam hal pengukuhan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan disamping pembangunan generasi petani muda. Hal ini penting bagi menggalakkan pengeluaran makanan dan pada masa yang sama melindungi negara daripada sebarang keadaan yang tidak diduga berkaitan dengan isu-isu sekuriti makanan. Kata Kunci: Kebolehdapatan Makanan, Pertanian Makanan, Sekuriti Makana

    KEMAMPANAN SEKURITI MAKANAN DALAM ERA PERINDUSTRIAN: PENGAJARAN DARIPADA MALAYSIA

    Get PDF
    In Malaysia, the development of agriculture for food security is emphasized to ensure a stable supply in balancing the domestic demand. In order to achieve this goal, the government has emphasized the agricultural development policy despite the challenges of rapid industrial sector. Since 1984, the challenge of agricultural development for food security is critical when Malaysia experienced a phase of active industrial development. Thus in the context of the framework, this study is to see agricultural development efforts being undertaken by government leaders to ensure food security in the industrial era is guaranteed. Based on the five-year development plan of Malaysia, the government's strategies to provide sustainable food production are examined in details. By using the qualitative analysis, this paper analyzes the policies of the government leaders regarding the development of agriculture for food security which includes (i) the administration phase of Tun Dr. Mahathir Mohamad, (ii) the administration phase of Tun Abdullah Ahmad Badawi, and (iii) the administration phase of Dato 'Seri Mohd. Najib Abdul Razak. It is hoped that the findings will help the policymakers in formulating the agricultural development for food security in order to optimize the food production and at the same time can protect the country from threats that could disrupt the stability of the country due to the lack of supply

    Ethnic and religious tolerance: barrier factors and improvement measures based on Malay youth perspectives in Malaysia

    Get PDF
    Ethnic and religious unity is a thing that every country wishes for not exempting Malaysia. Tolerance among the population is very much expected to achieve this. Nevertheless, ethnic and religious diversity in Malaysia is often seen as a challenge for realizing tolerance and thus creating unity. Therefore, this paper aims to analyze the barrier factors for ethnic and religious tolerance while at the same time identifying proposals for improvement measures to tolerance among the community. Hence, the Focus Group Discussion or FGD study design was used by involving 20 Malay youth informants as information providers. As a result of the analysis it can be concluded that there are six themes that exist as a barrier factor to ethnic and religious tolerance, namely (i) social gap; 38.06 percent, (ii) political debate; 16.42 percent, (iii) religious differences; 16.42 percent, (iv) economic inequality; 11.94 percent, (v) rights and constitution; 11.94 percent, and (vi) primordial sentiment; 5.22 percent. Meanwhile, in addressing the problem of ethnic and religious tolerance, the informants also proposed four perspectives on improvement measures i.e. (i) social empowerment; 71.19 percent, (ii) political role; 15.25 percent, (iii) the rule of law; 10.17 percent, and (iv) maintaining the image of Islam; 3.39 percent. The issues are important to be scrutinized because the practice of good ethnic and religious tolerance can unite the community, thereby driving the stability and progress of the country

    Nilai “orientasi kuasa” sebagai alat pembangunan Soeharto di Indonesia

    Get PDF
    Kertas kerja ini memerihalkan Soeharto dan sistem nilai. Ia melihat peranan akal budi tempatan (local wisdom) sebagai nilai teras dalam membentuk watak kepimpinan seterusnya corak pembangunan Soeharto di Indonesia. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan yang dominan. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Analisis awal pada mulanya melihat keutamaan nilai di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Kemudian petikan kata setiap “perenggan teks” dianalisis lebih teliti bagi tujuan pengelompokan dimensi-dimensi (Dimensi Nilai) tertentu merujuk kepada perbahasan Nilai Asia. Perenggan teks di baca pada kali yang akhir bagi mengenal pasti nilai-nilai terbitan yang terhasil dari setiap Dimensi Nilai. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai kepada rakyatnya. Dimensi Nilai “Orientasikan Kuasa”cmerupakan dimensi nilai paling utama dalam penyampaian mesej pembangunan. Manakala nilai terbitan “Kedaulatan Undang-Undang” merupakan nilai paling kerap dikemukakan dalam dimensi tersebut. Di akhir kertas kerja ini, satu penjelasan terhadap aplikasi nilai dalam kepimpinan dan pembangunan Soeharto diperoleh. Kesimpulannya, pemimpin dengan manipulasi akal budi nilai tempatan mampu mencorak pembangunan yang lebih pragmatik dan berkesan. Pembugaran nilai budaya akal budi tempatan menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelangsungan pembangunan Indonesia khususnya dan Asia Tenggara umumnya

    Preparation for Indonesian Election 2024: Women's Participation in Political Contest

    Get PDF
    This article focuses on the preparation and participation of Indonesian female candidates in the Riau Archipelago Province's 2024 political contest. Why women participate in political parties and legislative seats at such a low rate is a big question. The Mix Method research to find the best results elaboration. In-depth interviews were conducted with six political party leaders, and 120 questionnaires were distributed to each party. Each party was given 20 questionnaires containing the same questions. The traditional political environment is still the main reason for women's participation, and this will also be the case in the 2024 elections. The primary reason is their need for more involvement in election recruitment, nomination, and candidacy. The emphasis is very much on the patriarchal system, and women's families and personal environments are inadequate. Aside from that, there is a limit: the stigma of women in politics is only significant as a background player. Existing regulations are formalities; each party has its own method of conditioning existing regulations. There must be firmness in the system of 30% quotas for women, or even better, a strategic way for them to want to participate in the elections of 2024 and beyond

    Kemampanan sekuriti makanan dalam era perindustrian: Pengajaran daripada Malaysia

    Get PDF
    Di Malaysia, perkembangan pertanian untuk sekuriti makanan ditekankan bagi memastikan penawaran yang stabil dalam mengimbangi permintaan domestik.Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah menekankan dasar pembangunan pertanian meskipun berhadapan dengan cabaran kepesatan sektor perindustrian. Semenjak tahun 1984, cabaran pembangunan pertanian untuk sekuriti makanan adalah kritikal apabila Malaysia mengalami fasa pernbangunan perindustrian yang aktif.Sehubungan itu dalam konteks rangka keja, kajian ini adalah untuk melihat usaha-usaha pembangunan pertanian yang diambil oleh pemimpin kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan dalam era perindustrian terjamin.Berasaskan dasar rancangan pembangunan -Malaysia lima tahun, strategi-strategi kerajaan untuk menyediakan pengeluaran makanan yang mampan adalah diteliti. Menggunakan analisis kualitatif, kertas ini menganalisis dasar-dasar pemimpin kerajaan berhubung pembangunan pertanian untuk sekuriti makanan meliputi (i) fasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, (ii) fasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan (iii) fasa pemerintahan Data' Seri Mohd Najib Abdul Razak.Adalah diharapkan daripada penemuan ini dapat membantu pembuat dasar dalam merangka pembangunan pertanian untuk sekuriti makanan bagi mengoptimumkan pengeluaran makanan dan pada masa yang sama dapat melindungi negara daripada ancaman yang mampu menganggu gugat kestabilan negara akibat kekurangan bekalan

    Improvement of haemodynamic stent strut configuration for patent ductus arteriosus through computational modelling

    Get PDF
    Currently, the treatment of Patent Ductus Arteriosus (PDA) by the implantation of coronary stent has resulted in severe hemodynamic complications. There is thus a need to customize and improve current stent geometry specific to PDA to overcome this problem. Computational Fluid Dynamics (CFD) approaches, verified by an experimental technique are used to analyze current stent strut configurations. Statistical analysis is used to rank the parameter performance and to obtain the best stent configuration. The most favorable configuration is then used to design new stent strut configuration specific for PDA. In the analysis of the new stent design, CFD results show low possibility of re-stenosis process due to thrombosis formation, inflammation, and neo-intimal hyperplasia. Furthermore, comprehensive CFD analysis by solving fluid-structure interaction (FSI) cases has produced an optimum stent strut configuration that is structurally sound. The strength of stent strut configuration due to hemodynamic effect is analyzed through the Von Misses stress distribution. The results show that the new improved design of stent strut configuration has excellent hemodynamic performance. Finally, the new stent design is predicted to be able to overcome hemodynamic complications and stent structural failure when applied specifically to PDA

    Kesan hedonisme kepada generasi muda: kajian kes di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kampus Pagoh

    Get PDF
    Hedonisme merupakan budaya baru yang wujud kesan daripada proses globalisasi yang berlaku dengan pesat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan hedonisme ini mudah menyerap dalam semua peringkat umur khususnya kanak-kanak dan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik dan 150 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih. Dapatan kajian dianalisa oleh pengkaji dengan membuat peratusan terhadap data yang diperoleh. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat lima faktor utama penularan hedonisme ini iaitu diri sendiri, pengaruh institusi kekeluargaan, rakan sebaya, media massa dan persekitaran. Selain itu, terdapat pelbagai implikasi daripada penularan budaya ini yang boleh menganggu gugat kemaslahatan masyarakat seperti kemakmuran dan kesejahteraan negara tergugat, peningkatan terhadap kes jenayah, sikap boros dan bermewah, melahirkan masyarakat yang semakin malas serta peningkatan dalam kadar pengaganguran

    Etimologi Kesinoniman Kata Asing Dalam Bahasa Melayu

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan perihal pewujudan bentuk kata yang bersinonim dalam bahasa Melayu melalui proses peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Penentuan dan pemilihan data terpilih dibuat berdasarkan makna dan asal usul kata yang telah dikenal pasti dalam kajian lepas yang mewujudkan bentuk bersinonim. Setiap data dipilih dipadankan dengan perkataan Melayu lain yang memiliki fitur persamaan dari sudut makna. Penelitian kata bersinonim dibuat berdasarkan pengaplikasian kerangka etimologi Collins (2003) yang telah diperkemaskan bersesuaian dengan objektif kajian ini. Penelitian dari sudut masa meliputi aspek penggunaan kata dalam bahasa Melayu turut dibincangkan. Pertembungan bahasa yang berlaku dan prestij bahasa mendorong berlakunya peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Fenomena yang berlaku secara tidak langsung membentuk kata yang bersinonim dengan perkataan Melayu sedia ada dan pembentukan kata bersinonim juga berlaku lebih daripada dua kata. Kajian ini juga mendapati kata bersinonim yang wujud menerusi peminjaman disebabkan oleh perubahan zaman yang mendorong pengguna bahasa meminjam bentuk kata lain yang diterima umum serta difahami oleh masyarakat setempat
    corecore